SEORANG lelaki yang berlagak seperti samseng jalanan ditahan polis di tepi Jalan Penchala, Petaling Jaya, pada 3.20 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan buli jalanan daripada mangsa pada pukul 5.46 petang, hari Sabtu.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 10 pagi hari Jumaat di Jalan SS 8/2 Sungai Way, mangsa telah membunyikan hon sebanyak tiga kali selepas suspek yang memandu Nissan Sentra tidak bergerak sewaktu lampu isyarat bertukar hijau.
“Suspek telah menurunkan tingkap lalu menunjukkan jari tengah kepada mangsa.
“Suspek juga mengeluarkan kata-kata kesat dan meminta mangsa memberhentikan kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Polis cari pemilik ‘dashcam’ rakam pemandu Myvi biru lagak ‘samseng’
Jelasnya, mangsa terpaksa memberhentikan kereta kerana tidak dapat meneruskan perjalanan ekoran lorong kanan yang dilalui terhalang dengan pembahagi jalan.
Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa telah keluar dan berjumpa dengan suspek sehingga berlaku pertengkaran.
“Suspek juga telah membawa sebatang kayu rotan lalu menghayun ke arah mangsa tetapi tidak terkena,” ujarnya.
Sehubungan itu, suspek ditahan reman tiga hari sehingga esok dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

