SEORANG lelaki warga Nepal nekad membakar sebuah rumah kedai dan mengancam untuk membunuh diri dalam kejadian di Hentian Kajang, Jalan Reko, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 8.49 pagi.
Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba lapan minit kemudian dan mendapati kebakaran berlaku di tingkat dua sebanyak 30 peratus.
“Seorang lelaki berusia 20-an berada di dalam bangunan dengan memegang pisau dan mengancam untuk bunuh diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Bomba gagalkan cubaan lelaki bunuh diri
Tambahnya, bomba berjaya memujuk mangsa dan api dipadamkan sepenuhnya.
Norazam berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

