Polis cari pemilik ‘dashcam’ rakam pemandu Myvi biru lagak ‘samseng’

Dari Penulis

POLIS meminta pemilik kepada kamera papan pemuka yang merakamkan insiden sebuah Perodua Myvi memandu secara berbahaya di hadapan menara The One Academy, Petaling Jaya pada pukul 5.05 petang semalam untuk tampil membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesan sebuah klip video tular melibatkan kejadian tersebut pada pukul 8.30 malam tadi.

Beliau berkata, rakaman itu memaparkan sebuah Perodua Myvi memandu secara berbahaya dengan memberhentikan kenderaan di tengah jalan raya.

“Hasil pemerhatian mendapati insiden tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak malam tadi tular rakaman pemandu memberhentikan kenderaan di tengah jalan raya yang bertindak “ala samseng”.

Baca artikel : Polis buru pemandu BMW samseng

Pemandu dilihat keluar dari kereta dan menghampiri kenderaan perakam seperti tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku sebelum itu.

Malah pemandu Myvi juga dilihat meludah ke atas jalan raya dan kemudian kembali ke kenderaannya.

Ku Mashariman berkata, siasatan kini dijalankan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ku Mashariman turut mengingatkan semua pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengela sebarang kemalangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This