Bomba guna dua ekor anjing K9 bantu siasatan kebakaran Wisma Jakel

Dari Penulis

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel di Seksyen 7, Shah Alam yang berlaku pada awal pagi semalam. 

Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, dua anjing baka English Springer Spaniel yang dikenali sebagai Sam dan Rusty ini digunakan bagi tugas forensik kebakaran.

Jelasnya lagi, anjing ini adalah berbeza dengan anjing yang digunakan sewaktu tragedi runtuhan di Batang Kali.

“Anjing ini khususnya untuk forensik kebakaran bagi menghidu jika terdapat bahan seperti petrol, minyak tanah atau cecair yang boleh mencetuskan api.

“Manakala anjing yang digunakan di Batang Kali adalah khusus bagi menghidu mayat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Baca artikel : Polis minta orang awam tidak buat spekulasi kebakaran Wisma Jakel

Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan pelbagai perkara perlu diambil kira termasuk pendawaian, peralatan mesin dan peralatan elektrik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata ketika ini pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran.

“Pihak polis pohon orang awam (netizen) tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini.

“Kita kena hormati perasaan mereka yang alami kerugian serta pekerja-pekerja yang hilang sumber pendapatan akibat insiden ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This