PEMINAT bola sepak tempatan berang apabila tiket untuk perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Thailand Sabtu ini telah habis dijual kerana pihak stadium hanya menjual 59,000 daripada 80,000 tiket.
Keadaan itu berlaku kerana terdapat sebahagian kawasan tmepat duduk di stadium itu digunakan untuk kerja-kerja persediaan pentas bagi konsert artis Taiwan, Jay Chou yang akan berlangsung pada 15 Januari ini.
Sehubungan itu, pihak-pihak berkaitan sedang mengadakan perbincangan bagaimana untuk membolehkan penyokong skuad Harimau Malaya dapat menyaksikan perlawanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 ini.
Menjelang perlawanan lagi dua hari, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh juga tidak memberikan sebarang jawapan pasti bagaimana dan bila isu tersebut dijangka selesai.
BERITA BERKAITAN Piala AFF: 59,000 tiket dalam talian habis dijual
“Saya telah diberi taklimat mengenai masalah yang kita hadapi pada hari Sabtu ini dan saya dah bincang dengan perbadanan stadium dan kita sekarang masih dalam proses perbincangan.
“Itu saja yang saya boleh cakap setakat ini,” katanya dalam sidang media di Institut Sukan Negara, Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan hanya 59,000 daripada 80,000 tiket dijual gara-gara pemasangan struktur pentas konsert artis Taiwan Jay Chou pada 15 Januari.
Ini bermaksud lebih 20,000 tiket tidak dapat dijual, ketika terdapat permintaan tinggi susulan kejayaan Malaysia melangkah ke peringkat separuh akhir.
Malah, dalam perlawanan terakhir melawan Singapura, Malaysia menunjukkan prestasi membanggakan dengan bangkit daripada kekalahan kontroversi dengan Vietnam dengan membelasah lawan 4-1.
Malaysia akan bertemu Thailand di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 7 Januari ini yang merupakan perlawanan penting untuk membolehkan skuad negara membawa bekal sekurang-kurangnya tiga mata kemenangan sebelum bertandang ke Thailand untuk perlawanan kedua.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

