Tipu tiket VIP konsert lebih RM67,000, bekas pekerja syarikat hiburan didakwa

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG bekas pekerja syarikat hiburan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana menipu sejumlah 36 tiket tempat duduk VIP konsert penyanyi antarabangsa, Andy Lau dan Jay Chou pada Mei lalu.

Tertuduh, Thomas Lee Huat Seng, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menipu seorang lelaki berusia 38 tahun dengan memperdayakannya dalam urusan mendapatkan 16 keping tiket tempat duduk VIP bagi konsert “Today…Is The Day Andy Lau Concert Tour 2024 In Malaysia” dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober hingga 27 Oktober lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Lelaki itu juga didakwa menipu mangsa yang sama dalam urusan mendapatkan 20 tiket tempat duduk VIP bagi “Konsert Jay Chou’s Carnival World Tour 2024 Concert In Malaysia” dijadualkan pada 26 Oktober lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang mana kedua-diua urusan tersebut tidak wujud.

Perbuatan itu telah mendorong mangsa membuat pemindahan wang berjumlah RM67,608 menerusi tiga kali transaksi ke akaun bank milik Thomas yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di di sebuah premis di Bandar Kinrara, Puchong antara 25 Mei hingga 5 September lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Norashikin Ibrahim yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya seorang bapa tunggal dengan dua anak masing-masing berusia 5 dan 7 tahun serta mengalami bipolar.

Mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret Aina Azahra Arifin membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 7 Januari tahun hadapan bagi sebutan semula kes.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Negeri Sembilan: Semua pihak perlu ikut jalur hukum yang sah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan...

More Articles Like This