Piala AFF: Menang 1-0 tidak cukup – Pan Gon

Dari Penulis

KETUA jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon mengakui kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand pada aksi separuh akhir pertama malam tadi, tidak mencukupi untuk mengukuhkan peluang ke final Piala Konfederasi Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

Menyedari aksi sengit menanti skuad Harimau Malaya di separuh akhir kedua di Stadium Thammasat pada Selasa ini, Pan Gon menaruh yakin anak buahnya kekal tenang dan terus berjuang bagi memastikan mereka tidak tersingkir.

“Kemenangan 1-0 jelas tidak mencukupi apatah lagi beraksi di laman sendiri tapi saya tetap gembira dengan keputusan malam ini.

“Ia satu perlawanan sukar kerana Thailand adalah pasukan kuat. Kita cuba memberi tekanan kepada mereka tapi ia tidak mudah,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Bagaimanapun, Pan Gon berasa lega kerana pasukan kebangsaan tidak dibolosi pada aksi malam ini selepas pemain sayap lincah negara Mohamad Faisal Abdul Halim membuka jaringan pada minit ke-11.

Baca artikel lain: Jaringan tunggal ‘birthday boy’ pastikan Harimau Malaya benam Thailand

“Kita mempunyai banyak peluang menjaringkan gol, keputusan sepatutnya berpihak kepada kita 3-0 namun pasukan lawan juga mempunyai banyak peluang mendapatkan gol. Cuma pemain adalah manusia dan melakukan kesalahan. Saya harap para pemain dapat pulih dengan cepat,” katanya.

Mengenai gol hasil tandukan Dominic Tan pada minit ke-55 dinafikan oleh pengadil perlawanan dari Korea Selatan, Pan Gon berkata: “Saya tidak nampak (insiden) itu dengan jelas, saya tidak boleh kata apa-apa.”

Sementara itu, ketua jurulatih Thailand Alexandre Polking kecewa dengan kekalahan dialami anak buahnya biarpun mereka mendominasi perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Sebagai jurulatih, saya tidak suka kekalahan sebegini tapi ini adalah bola sepak dan kalah adalah sebahagian daripada permainan. Saya tidak pernah menyangka Thailand boleh mendominasi permainan kerana Malaysia berbeza sama sekali di peringkat kumpulan,” katanya.

Pada masa sama, beliau yakin mampu mengubah keputusan apabila menerima kunjungan Malaysia di laman sendiri pada Selasa.

“Ia keputusan baik buat Malaysia dengan penyokong yang hebat tapi kami juga mempunyai peminat hebat dan saya pasti mereka akan mendorong pemain untuk menjaringkan gol,” katanya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sanusi yakin sapu bersih kerusi DUN, Parlimen Kedah

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meluahkan keyakinan tinggi bahawa Pas mampu menyapu bersih semua kerusi...

More Articles Like This