Jaringan tunggal ‘birthday boy’ pastikan Harimau Malaya benam Thailand

Dari Penulis

JARINGAN tunggal penyerang lincah, Faisal Halim pada separuh masa pertama perlawanan menjadi bekalan tipis skuad Harimau Malaya yang bakal bertandang pada aksi separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Thailand 10 Jan ini.

Pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi, skuad bimbingan Kim Pan Gon berjaya mendahului pada minit ke-11 perlawanan selepas Faisal menyudahkan hantaran V Ruventhiran.

Lebih istimewa, jaringan Faisal itu dilakukan pada tarikh kelahirannya, 7 Jan, hari ini.

Persembahan mantap pasukan kebangsaan berjaya memastikan kelebihan satu gol itu dipertahankan sehingga tamat perlawanan sekali gus menghampakan skuad Gajah Perang yang merupakan juara bertahan Piala AFF.

Beberapa gerakan yang diatur pasukan Thailand untuk mendapatkan jaringan penyamaan berjaya dipatahkan barisan pertahanan skuad Harimau Malaya diketuai Brendan Gan.

Bersambung babak kedua perlawanan, penyerang sensasi Thailand, Teerasil Dangda mencemaskan kubu skuad Harimau Malaya apabila tandukannya menggegar tiang gol yang menyaksikan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed sudah tertewas.

Malah, pasukan negara hampir menggandakan jaringan pada minit ke-55 selepas Darren Lok menanduk bola sepak percuma Lee Tuck.

Namun jaringan itu dibatalkan pengadil, Kim Dae Yong yang mendakwa berlaku kekasaran terhadap pemain Thailand.

Aksi berikutnya menyaksikan skuad Gajah Perang terus mengasak kubu Harimau Malaya namun ketumpulan barisan serangan Thailand membuatkan mereka terus hampa.

Pujian juga patut diberikan kepada penjaga gawang negara Ahmad Syihan yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pemain Thailand hingga pengadil meniup wisel penamat perlawanan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This