MAHKAMAH Timbang Tara Sukan (CAS) mengekalkan keputusan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan.
Begitupun, penggantungan itu hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.
Tujuh pemain terbabit adalah Facundo Tomas Garces Rattaro, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Gabriel Felipe Arrocha, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
CAS dalam kenyataan mengesahkan rayuan yang dikemukakan secara bersama oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula ditolak, dan keputusan FIFA untuk mengenakan denda CHF 350,000 (RM1.76 juta) kepada FAM kekal berkuat kuasa.
“Ini bermakna pemain boleh menyambung latihan dengan kelab masing-masing sepanjang tempoh larangan. Oleh itu, rayuan pemain sebahagiannya diterima dan hukuman terbabit dipinda sebahagiannya.
“Larangan daripada bermain perlawanan bermula hari ini, 5 Mac 2026, dengan mengambil kira tempoh dari 25 September 2025 hingga 26 Januari 2026 yang dikira sebagai sebahagian daripada tempoh hukuman.
“Panel CAS juga memutuskan bahawa denda CHF 350,000 ((RM1.76 juta) terhadap FAM adalah wajar dan seimbang,” kata CAS.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

