Michelle Yeoh catat sejarah, dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Golden Globe

Dari Penulis

BINTANG Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh mengukir sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama menerima Anugerah Golden Globe, hari ini.

Yeoh, 60, memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem Muzikal atau Komedi menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.

ARTIKEL BERKAITAN: Majalah Time iktiraf Michelle Yeoh Ikon Tahun 2022

Yeoh berjaya mengetepikan empat calon lain yang turut bertanding dalam kategori sama iaitu Lesley Manville (Mrs Harris Goes to Paris), Anya Taylor-Joy (The Menu), Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande) dan Margot Robbie (Babylon).

Untuk rekod, Yeoh bergelar individu Asia pertama yang memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah National Board of Review.

Malah, bulan lalu, Yeoh turut dinobatkan sebagai Ikon Tahun Ini 2022 oleh majalah Time.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This