KRISIS rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana nampaknya semakin panas dan tegang.
Terkini, Puteri Sarah,38, kembali membidas kenyataan Syamsul selepas pengarah itu menjelaskan punca dia bertindak menyekat nombor telefon isteri pertamanya itu.
Tegas Puteri Sarah, dia meminta Syamsul untuk tidak terus memutar belit fakta dan berlakon seperti menjadi ‘mangsa’ keadaan.
“Putar belit cerita selagi boleh. Tidak mengapalah nak minta ‘lepas’ (cerai) pun.
“Jangan selepas ini putar belit lagi cerita pula, ‘Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak. Selama ni saya sayang dia’”
“Cukup dengan drama ‘play victim’ dan menyalahkan orang lain,” tulisnya di Instagram Story.
Selepas tidak tahan dicemuh dan dicaci, Syamsul mendedahkan terpaksa menyekat panggilan telefon Puteri Sarah kerana tidak tahan dimaki dan enggan mengeruhkan keadaan.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwalikan bapanya, pelakon veteran, Kazar Saisi.

