“Ujian kaya itu mencabar,” – Bersyukur Allah kurnia suami seadanya, lelaki baik itu ramai cuma tidak kontroversi

Dari Penulis

Usah terpedaya tipu daya dunia. Kenikmatan dunia membuatkan kita leka akan kesenangan, kemewahan yang tidak kena pada tempatnya. Sesungguhnya kekayaan dan kemiskinan adalah ujian yang diturunkan bersifat sementara buat hambaNya, namun ramai yang tertipu.

Tiada manusia dapat lari daripada melakukan kesalahan dan dosa, namun bersyukur Allah memberikan petunjuk dan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan. Bersyukur, satu-satunya kata kunci bagi mengecap kebahagiaan seadanya.

Bersyukur atas segala yang dikurnia walaupun tiada kemewahan dalam rumah. Bersyukur andai belum dilimpahkan kekayaan kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Pokok pangkalnya, bersyukurlah.

Begitu juga perihal dalam memilih pasangan hidup, diberikan suami yang baik dan bertanggungjawab juga satu nikmat yang tidak ternilai. Jadikan perkongsian Amalina Nudin satu panduan buat meniti kehidupan.

“Ujian Kaya Itu Mencabar

Bersyukurlah, Allah tak/belum bagi suami kita kaya raya jadi jutawan…Kerana Dia mungkin ingin menjaga kita hati dari tersakiti lebih dari tertusuk duri. Allah tahu kita tak mampu hadapi. Atau belum mampu.

Diberi suami baik.

Diberi suami yang menyayangi.

Diberi suami yang gigih mencari rezeki seringgit dua, untuk membahagiakan isteri dan keluarga, ada yang sampai tak fikir untuk diri. Sibuk mencari sesuap nasi, sehingga tak sempat melihat yang lain lagi.

Biar tak hensem dan tak kaya mana,

Asal hensem iman, kaya tanggungjawab dan jutawan penuh empati…kaya dengan telinga yang mendengar, memberi bahu untuk menenangkan perasaan.

Andai Allah nak kayakan suami kita nanti, biarlah ketika itu dia juga diberi kecukupan iman, juga diberikan mata yang pandai menundukkan pandangan, diberi hati yang pandai mengenang dan menghargai, siapa yang pernah berada di sini, ketika dia tiada apa-apa pada awalnya…

Bak kata Hafiz Mahamad,

Saya menumpang rezeki isteri.

Saya akan berbelanja lebih, supaya duit saya tak banyak… biar gaji isteri lebih banyak, supaya saya tak berani buat apa-apa yang pelik… saya hanya menumpang rezeki isteri…

“ Saya tunjuk ini dan itu, tunjuk sayang isteri saya, supaya ramai boleh tegur saya, kejutkan saya, kalau saya tercicir jalan atau buat macam-macam yang boleh sakiti hati isteri saya! “ Katanya.

Isteri teruji apabila suami tiada apa.

Suami teruji apabila dia ada segala.

Ada orang diuji dengan susah agar dia bersabar.

Ada orang diuji dengan senang agar dia pandai bersyukur.

Ada orang, dia menang di keduanya.

Ada orang, dia kalah sekalahnya.

***

Saya pernah jumpa jutawan beriman.

Nikmat dunia lain dia pernah rasa, Allah tarik awal nikmat dunia baginya… nak pergi mana dapat, pergi Mekah dua tiga hari balik pergi pula… nak makan apa dah semua rasa. Wagyu dah puas dah.

Dia jumpa kepuasan lain pula.

Bagi sedekah pada masjid.

Beli kereta untuk kegunaan jemaah Islam.

Turun padang untuk bantuan banjir.

Bantu sini sana ketika bencana.

Itulah kemanisan buatnya.

Semoga Malaysia dipenuhi dengan lelaki kaya yang beriman, jutawan dunia akhirat.

Rijal Yang Qawwam.

Yang pandai jaga hubungan dengan Allah, KELUARGA(lebih-lebih lagi isteri) dan manusia lain.

LELAKI BAIK itu ramai, cuma sebab tidak kontroversi, maka mereka tidak viral, duk sibuk bantu isteri basuh pinggan dan jemur kain?.”

Kredit : Amalina Nudin


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This