Kepentingan nutrisi seimbang buat anak-anak. Ibu bapa wajib baca label produk makanan sebelum beri anak makan

Dari Penulis

Kanak-kanak di antara usia satu hingga tujuh tahun memerlukan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk pertumbuhan dan pembesaran mereka. Proses pertumbuhan dan perkembangan ini meliputi mata, minda, dan fizikal serta pembelajaran mereka Sebagai ibu bapa yang peka terhadap perkembangan anak-anak, pastinya anda mahukan yang terbaik untuk mereka. Justeru, keperluan nutrisi seimbang perlu diberikan kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Pemakanan Malaysia menyatakan, dalam usaha memastikan si kecil mendapat khasiat yang cukup, tabiat pemakanan yang baik seharusnya dibentuk sejak dari peringkat awal.

Jika tidak, dikhuatiri anak-anak telah membiasakan diri mereka dengan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Ini kerana peluang berbuat demikian terlalu singkat memandangkan ia berlaku pada peringkat pembesaran si kecil.

Selain pemberian makanan seimbang, tabiat atau amalan membaca label produk juga perlu diberi perhatian oleh ibu bapa. Langkah ini penting bagi mendapatkan maklumat dan panduan lengkap sesuatu produk makanan sebelum diberi kepada anak-anak.

Sebaiknya, apabila anda pergi ke pasar raya untuk membeli-belah, perhatikan secara terperinci apa yang ingin dibeli. Bacalah panel pemakanan pada label dan dalam masa yang sama, fahamilah bagaimana semua ramuan yang digunakan dapat memberi khasiat yang betul kepada anak-anak.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia yang disokong oleh Abbott Nutrition terhadap 300 wanita bergelar ibu didapati:

  1. 74 peratus wanita bergelar ibu tidak biasa dengan amalan membaca panel maklumat pada produk makanan yang dibeli untuk anak-anak mereka.
  2. Apabila ditanya tentang jenama minuman yang diberikan kepada anak-anak pula, semua ibu memberitahu mereka memberikan susu untuk membesar (Growing Up Milk) kepada si kecil. Bagaimanapun, 80 peratus daripadanya mengakui tidak menyedari tentang ramuan yang terdapat di dalam susu tersebut.
  3. Sebanyak 55 peratus para ibu mengakui kerap membaca label produk makanan mempercayai bahawa kandungan yang tinggi bagi satu ramuan yang terdapat di dalam susu untuk membesar adalah baik untuk anak mereka.
  4. 68 peratus para ibu bergantung sepenuhnya kepada saranan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan sewaktu membeli susu untuk pembesaran anak-anak mereka.

PANDUAN MEMBACA LABEL PRODUK MAKANAN

● Sebagai ibu bapa yang prihatin, sentiasa membandingkan produk dengan membaca panel maklumat makanan. Jangan membeli makanan hanya kerana anda suka akan pembungkusannya.

● Apabila anda membandingkan kandungan nutrisi, anda boleh mengetahui yang mana satu mempunyai kadar nutrien yang lebih tinggi atau rendah.

● Buat perbandingan berdasarkan amaun nutrien yang terkandung dalam setiap 100g atau 100ml produk tersebut. Saiz hidangan mungkin tidak sesuai untuk dijadikan perbandingan kerana perbezaan jenama.

● Jangan membuat pemilihan untuk membeli jenama tertentu berdasarkan satu nutrien sahaja (contohnya jumlah tenaga atau kandungan lemak), tetapi pertimbangkan juga nutrien lain (seperti protein atau kalsium) yang disenaraikan di panel maklumat nutrisi.

● Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut tentang panduan menggunakan label maklumat pemakanan, orang yang paling sesuai untuk memberi nasihat ialah pakar nutrisi atau pakar diet.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This