Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh ibu

Dari Penulis

Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun  kerana disyaki memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap ibunya yang dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam kejadian pada 1 tengah hari kelmarin, suspek telah pergi ke kedai ibunya di Taman Perindustrian Puchong Utama dan memarahi serta memukul muka ibunya menggunakan sekeping fail kemudian mengugut mahu membunuhnya.

Beliau berkata bertindak atas laporan polis yang dibuat ibunya yang berusia 58 tahun, polis telah menahan suspek pada 11.30 malam pada hari yang sama.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai 15 rekod jenayah lampau.

Suspek kini direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

— BERNAMA

Wednesday, 11 January 2023


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kisah ‘ini kalilah’ Tangkak dan panglima mencatur permainan

BARU-BARU ini saya pulang ke kampung di Melaka, saya keluar ikut tol Tangkak, Johor. Keluar dari tol, saya menghala ke...

More Articles Like This