Warga emas OKU rentung terperangkap dalam kebakaran

Dari Penulis

Seorang warga emas yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan  rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Bagan Ikan, Bagan Datuk, Ipoh, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata mangsa Ong Chock Seng, 80, yang juga pengguna kerusi roda gagal menyelamatkan diri dalam kejadian pada kira-kira 6.45 pagi itu, iaitu ketika anak dan cucunya keluar bersarapan.

“Mangsa OKU yang tidak mampu berjalan serta perlu menggunakan kerusi roda dan mayat mangsa ditemui di dalam bilik tidur.

“Kejadian hanya membabitkan lima rumah dan pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dan Teluk Intan mengambil masa tiga jam untuk memadamkan kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel : Kedai kasut dalam pusat beli-belah di Seri Kembangan terbakar

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sebelum itu, jurucakap bomba berkata seorang warga emas maut manakala seorang lelaki cedera dalam insiden itu yang turut melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal.

— BERNAMA

Monday , 16 January 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This