Bukan amalan saya datang umum projek baharu untuk menang hati rakyat – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“BUKAN amalan saya datang untuk memenangi hati rakyat dan umum projek baharu tapi tidak ada apa berlaku.”

Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Perlis, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, beliau tidak akan mengumumkan sebarang projek baharu untuk sesebuah negeri yang dilawatinya tanpa melakukan penelitian rapi terlebih dahulu.

Beliau berkata, projek baharu yang hendak dilaksanakan perlu diteliti dan mendapat persetujuan termasuk di peringkat agensi Persekutuan supaya dilakukan dengan telus.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut memberi jaminan akan terus mengupayakan ekonomi Perlis supaya lebih meningkat.

“Berapa ratus projek di Perlis ini belum jalan lagi terutama sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya tidak mahu teruskan amalan itu. Jika kita putuskan untuk dimuktamadkan, maka kita akan lakukan mungkin semasa mesyuarat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

“Saya bagi jaminan kepada Menteri Besar, Kerajaan Negeri dan rakyat Perlis kerana kenyataan ekonomi Perlis lebih malap berbanding negeri lain, adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk berikan kesempatan supaya ekonomi negeri ini meningkat dan lebih kukuh,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Anwar mahu penjawat awam buat teguran terhadap pelanggaran undang-undang

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan telah mengarahkan supaya mesyuarat NCER bersama agensi dan kerajaan negeri lain diadakan di Perlis.

Katanya, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad boleh menggunakan kesempatan itu mencari jalan supaya projek yang baik dapat dilaksanakan.

“Mesyuarat koridor utara yang selalunya diadakan di Kuala Lumpur, saya dah putuskan nak bincang koridor utara tak perlu buat di Putrajaya.

“Maka, dalam beberapa bulan akan datang, kita adakan di Kangar, Insya-Allah.

“Dengan cara itu seluruh jentera pimpinan kerajaan Persekutuan dan beberapa negeri lain akan turun ke sini.

“Itu kebijaksanaan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menggunakan kesempatan serta strategi ‘menawan’ rakan-rakan mencari jalan bersetuju untuk mengadakan program atau projek baik yang boleh menjana pertumbuhan bagi menjamin kepesatan ekonomi Perlis,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini. Ia akan diumumkan...

More Articles Like This