Tiga lelaki menyamar polis ditahan

Dari Penulis

TIGA lelaki yang bertindak menyamar sebagai anggota polis ditahan di Lebuhraya Shah Alam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, mereka ditahan kira-kira pukul 10.10 malam ketika pihaknya sedang melakukan rondaan sebelum terserempak sebuah Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, salah seorang suspek telah memperkenalkan diri sebagai anggota polis, tetapi gagal mengemukakan sebarang kad kuasa sebagai bukti.

“Pemeriksaan di dalam kereta suspek menemui satu beg hitam mengandungi gari besi polis, kad pas polis serta gambar dan nombor badan, lencana besi polis dan rantai Interpol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Lapan warga Filipina ditahan menyamar polis dan samun

Jelasnya, dua suspek berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India masing-masing berusia 18 hingga 31 tahun gagal memberikan keterangan yang munasabah berkenaan barangan kelengkapan polis yang dijumpai.

“Kesemua suspek kini direman sehingga Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan serta Seksyen 89 Akta Polis 1967,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bekas tentera mula bertugas sebagai warden MRSM Rabu ini, MARA tekad banteras buli

SERAMAI 16 warden lelaki sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera akan mula melaporkan diri di lapan Maktab Rendah...

More Articles Like This