SEORANG pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas ditemui dalam keadaan selamat di Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, dipercayai ke Johor untuk menenangkan fikiran kerana sedang menghadapi peperiksaan.
Mangsa ditemui oleh bapanya pada pukul 5 petang dan telah dibawa pulang ke Sungai Besar, Sabak Bernam.
“Difahamkan, Mohd Irfan Hakimi dalam perjalanan pulang semula ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas.
“Tiada sebarang unsur jenayah berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Polis mohon bantuan orang ramai kesan pelajar UPM hilang
UtusanTV sebelum ini melaporkan mangsa dilihat kali terakhir semasa hendak pergi solat Jumaat menaiki motosikal jenis Yamaha LC135 bernombor pendaftaran RAC 5095.
Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis selepas gagal menghubungi anaknya untuk bertanyakan khabar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

