Peruntukan RM1 bilion bangun infrastruktur sempadan Malaysia-Indonesia – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN meluluskan peruntukan berjumlah RM1 bilion bagi membangunkan infrastruktur di Sarawak dan Sabah antara sempadan dengan Indonesia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kelulusan awal itu telah dilaksanakan Kementerian Kewangan bagi membina Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) di kawasan sempadan tersebut.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ia susulan perbincangannya dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini berhubung pembangunan ibu kota negara Indonesia yang baharu iaitu Nusantara.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, peruntukan itu juga bagi membina prasaranan asas seperti jalan raya di kawasan-kawasan yang bersempadanan dengan Kalimantan itu.

“Dalam perbincangan saya dengan Jokowi dibincangkan tentang ibu kota negara Nusantara. Itu berdekatan dengan sempadan Sarawak dan sebahagiannya di Sabah.

“Maka kita putuskan beri peruntukan tambahan bagi penyediaan CIQ dan keselamatan termasuk polis serta tentera dan menyediakan prasaranan asas seperti jalan raya kerana kita tidak mahu dilihat terlalu daif.

“Kementerian Kewangan telah beri kelulusan awal berjumlah RM1 bilion untuk memulakan kerja-kerja dalam tempoh segera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kuching, hari ini.

Baca artikel berkaitan: MA63: Perjanjian harus dipegang, mesti ditunaikan – PM

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara itu, Anwar turut mengumumkan pelantikan wakil kerajaan Sarawak sebagai ahli Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkuat kuasa hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Setiausaha Kewangan Sarawak iaitu Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar dilantik menganggotai LHDN.

“Permohonan ini diminta (oleh kerajaan Sarawak) agak lama dan saya berpandangan tiada masalah kerana ini soal teknikal yang kecil sahaja.

“Jadi atas kuasa Menteri Kewangan, saya telah melantik Setiausaha Kewangan Sarawak berkuat kuasa hari ini sebagai ahli LHDN.

“Syaratnya mereka yang dilantik itu mesti profesional dan berpengalaman serta tentunya (Wan Lizozman) punyai kelayakan itu dan ini akan membantu LHDN,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This