SUDAH ada perbincangan tidak rasmi antara PKR dan UMNO di peringkat negeri termasuk Terengganu berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Beliau berkata bagaimanapun perbincangan itu hanyalah proses suai kenal antara kepimpinan PKR dan UMNO, namun bukannya melibatkan sebarang keputusan atau prinsip berhubung PRN.
“(Perbincangan mengenai PRN) belum secara rasmi. Yang berlaku sekarang secara tidak rasmi. Maksudnya di peringkat negeri masing-masing.
“Di Terengganu pun Nik Nazmi (Nik Ahmad Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Terengganu) sudah jumpa dengan (Datuk Seri) Ahmad Said (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu),” katanya.
Baca artikel berkaitan: PRN: PAS yakin tawan Selangor, rakyat dah muak dengan pembohongan dan janji palsu
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu hari ini.
Katanya, keputusan mengenai PRN termasuk pembahagian kerusi dan penggunaan logo akan terlebih dahulu dibincangkan secara rasmi oleh kepimpinan parti-parti di peringkat pusat.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

