Polis menahan sepasang kekasih disyaki merosakkan sebuah kenderaan di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada 11 malam dan polis turut merampas objek yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu iaitu pemutar skru dan kunci kereta.
Beliau berkata mangsa mendapati keempat-empat tayar kereta jenis Mercedes Benz-A200 miliknya telah dibocorkan, lampu belakang dipecahkan selain kesan calar pada seluruh bahagian kenderaan yang diparkir di hadapan rumahnya pada pagi Sabtu.
“Punca kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan pengadu yang telah memarahinya.
“Kedua-dua suspek didapati positif ujian saringan awal air kencing bagi dadah jenis Benzo,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel : Vellfire disaman kerana parkir terkeluar dari petak – polis
Mohd Farouk berkata lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau manakala suspek wanita mempunyai satu rekod jenayah.
Mereka direman hingga 26 Jan ini untuk disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat, katanya.
— BERNAMA
Monday , 23 January 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

