Tangkap layar rakaman memaparkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui "sunroof".

POLIS kini mengesan pemilik sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui “sunroof”.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi sebuah klip video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @nabilahroslan yang tular pada 12.15 tengah malam tadi.

Beliau berkata, kenderaan berwarna merah telah bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak.

“Berdasarkan rakaman, kejadian berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Subang menghala ke Bukit Lanjan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Trafik lebuh raya utama dijangka sesak mulai tengah hari

Jelasnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 iaitu atas perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Mohamad Fakhrudin menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan tindakan membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mejar Mohd Yusof Hamzah di talian 011-23065984 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram