Kuih Mendut Satu Rasa, Tapi Banyak Nama

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Kuih mendut sangat popular di Jakarta. Di Malaysia pula, kuih mendut ini lebih kurang seperti kuih koci. Bezanya cuma tepung pulut ini, diwarnakan hijau dan merah. Intinya sama seperti kuih koci, begitu juga dengan santan pekatnya.

Cumanya dari segi penyediaan, kuih mendut tidak dibungkus seperti kuih koci. Kuih mendut dibungkus secara terbuka atau dibungkus seperti bungkusan tapai ubi.

Kuih koci pula hanya mempunyai sebiji inti yang dibulat-bulatkan. Kuih mendut pula, mempunyai dua atau tiga biji. Namun bagi masyarakat Betawi di Jakarta, memanggilnya kuih Bugis.

Selain dibungkus dengan daun pisang, kuih ini juga dibungkus dalam plastik dan hanya menggunakan satu warna sahaja, dan ini di namakan kuih Bugis cerawis. Manakala di Jawa Tengah ia dinamakan puteri mandi. Apa pun namanya, ia adalah kuih yang sama cuma berbeza dari segi nama sahaja. Jom kita try resipi mendut ini.

Kuih Bugis Cerawis

BAHAN
250 gm tepung pulut
50 gm tepung kanji
1 sudu kecil garam
225 ml air
Pewarna hijau dan merah
Daun pisang
Daun pandan
BAHAN INTI
200 gm kelapa parut muda
150 gm gula Melaka
½ sudu kecil garam
Sehelai daun pandan
BAHAN KUAH
450 ml santan
2 sudu besar santan pekat
½ sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN
1.INTI:Cairkan gula Melaka dalam kuali.Kacau sehingga larut.Masukkan kelapa parut, kacau sehingga menjadi inti. Ketepikan.
2.KUAH : Dalam periuk lain, satukan ke semua bahan kuah.Masak di atas api yang kecil. Kacau sehingga mendidih dan pekat.Ketepikan.
3.Dalam mangkuk besar, satukan tepung kanji, garam dan tepung pulut.Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
4.Bahagikan doh kepada dua bahagian dan warnakan merah dan hijau. Ketepikan.
5.Panaskan kukusan seketika, biarkan ia sehingga mendidih.
6.Ambil sedikit adunan hijau dan merah, bulat-bulatkan.Isikan inti kelapa di tengah-tengahnya. Uli kemas.
7.Ambil sehelai daun pisang dan lapiskan daun pandan (potong kecil) di atasnya. Letakkan adunan hijau dan merah (dua warna setiap bungkusan) dan sudukan kuah santan di tengahnya.
8.Bungkus dan semat kemas daun pisang. Kukus selama 30 minit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tasty Touch Catering pakar dalam hidangan ‘finger food’

TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan...

More Articles Like This