PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia terus mengalami nasib malang apabila tewas kali ketiga berturut-turut dalam pusingan awal kejohanan badminton yang disertainya sejak tiga minggu lepas.
Selepas terkandas pada pusingan kedua Terbuka Malaysia pada awal bulan ini dan pusingan kedua Terbuka India minggu lalu, pemain berusia 24 tahun itu hari ini sekali lagi tewas kepada pemain yang jauh lebih rendah rangking daripadanya dalam Indonesia Masters
Prestasi pemain negara itu merudum selepas tidak mempunyai jurulatih khusus selepas menamatkan perkhidmatan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya.
Hari ini dalam pusingan kedua, Zii Jia yang juga pilihan kedua kejohanan tewas kepada pemain berpengalaman dari Hong Kong, Ng Ka Long yang menduduki ranking ke-18 dunia 21-16, 20-22, 13-21 dalam tempoh 65 minit.
Ia adalah kekalahan kedua Zii Jia kepada lawan itu dalam tiga pertembungan dengan kali terakhir tewas di suku akhir Terbuka New Zealand pada 2019.
Kekalahan itu menyaksikan tiada wakil negara dalam acara perseorangan selepas Ng Tze Yong turut tewas.
Tze Yong ternyata belum dapat ‘menjinakkan’ Lakshya Sen dari India selepas tewas 21-19, 8-21, 17-21 dalam tempoh satu jam 1 minit.
Ia adalah kekalahan keempat buat Tze Yong di tangan Sen yang sebelum ini pernah menewaskannya di pentas final Sukan Komanwel Birmingham 2022, separuh akhir Terbuka India 2022 dan suku akhir Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2019.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram