SEORANG pesara maut selepas motosikal yang ditunggangi dilanggar sebuah lori di Jalan Dengkil-Air Hitam, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa berusia 67 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian kepala.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 8.35 pagi itu, pemandu lori berusia 38 tahun dari arah Dengkil ke Shah Alam.

“Tiba-tiba, mangsa yang berada di bahu jalan kiri bergesel dengan lori lalu menyebabkan mangsa tecampak di atas jalan dan dilanggar lori,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Penunggang maut rempuh besi pembahagi jalan

Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Putrajaya bagi tujuan bedah siasat.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram