CBP MyPR1MA bantu golongan pertengahan miliki kediaman

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CO-OPBANK Pertama (CBP) telah menjalinkan kerjasama dengan PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, skim tersebut membolehkan pembeli rumah PR1MA mendapatkan pembiayaan sehingga 110 peratus termasuk pembiayaan perumahan, kos guaman dan takaful daripada CBP seluruh negara.

Menurut beliau, Skim CBP MyPR1MA juga membolehkan pembeli tidak perlu lagi membayar wang pendahuluan.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar

“Kadar keuntungan yang ditawarkan juga adalah sangat kompetitif sama seperti institusi kewangan lain di pasaran dan antara kelebihan jika orang ramai mendapatkan pembiayaan di CBP adalah pembiayaan sehingga 110 peratus yang dapat memberi perlindungan risiko komprehensif yang amat bermanfaat terutama kepada pembeli rumah pertama.

“Ia juga selari dengan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: CBP agih wakalah zakat hampir RM370,000

Sesi Pertukaran Dokumen Kerjasama Strategik Skim CBP MyPR1MA itu telah disaksikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam satu majlis di Ipoh, semalam.

Mengulas lanjut, Khairil Anuar berkata, CBP turut menawarkan pelbagai pembiayaan perumahan termasuk Pembiayaan Al-Amali (rumah dan lot kedai); Pembiayaan Ar-Rahah (pembiayaan tanah) dan CBP Rumah Pertamaku.

Perniagaan CBP telah menunjukkan prestasi sangat baik dengan kedudukan aset kini telah melebihi RM7 bilion, tertinggi dalam sejarah penubuhannya.

CBP juga sedang membuka langganan syer anggota bagi tambahan syer serta anggota baharu di seluruh cawangan co-opbank tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong

KENDERAAN hilang kawalan ketika cuba memotong dipercayai menjadi punca kemalangan maut meragut nyawa seorang pegawai polis dan seorang guru...

More Articles Like This