POLIS menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian melarikan sebuah van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai bernilai lebih RM1.37 atau 4.8 bilion rupiah pada 18 Januari lalu.
Sejak semalam rakaman video kejadian itu tular di Indonesia memaparkan seorang lelaki dengan selamba masuk ke dalam van dan terus memecut ketika tiga lelaki sedang memasukkan duit ke dalam mesin teler automatik (ATM).
Memetik laporan Detik.com, suspek yang dikenali sebagai SPR, AR dan JAK telah melakukan jenayah terbabit di sebuah bank dekat Pusakanagara, Subang, Jawa Barat, pada pukul 2.10 pagi.

Ketua Polis Subang, Asisten Komisioner Sumarni berkata, kejadian berlaku semasa pekerja sedang mengisi wang tunai ke dalam mesin ATM di bank berkenaan.
“Ketika kejadian, van dilelatakkan di tempat letak kenderaan sementara pekerja menjalankan tugas mengisi wang ke dalam mesin ATM.
“Seorang lelaki kemudian dilihat dengan pantas bertindak masuk ke dalam van lalu melarikan diri bersama wang tunai yang berada di dalam van,” ujarnya.
Sumarni berkata, hasil risikan mendapati salah seorang pekerja pemindahan wang yang dikenali sebagai SPR merupakan dalang dalam kes melarikan wang tersebut.
“Suspek SPR bertindak dalam membawa wang tunai terbabit ke mesin ATM. Sementara suspek AR berperanan dalam menyediakan kenderaan dan suspek JAK bertindak dalam melarikan van terbabit,” katanya.
Baca artikel : Wanita ‘dibebaskan’ selepas kembalikan duit dicuri dari kaunter bas
Jelasnya, polis turut merampas barang kes iaitu wang tunai bernilai 4.2 bilion rupiah, sebuah kereta, bas mini berwarna hitam, bas mini berwarna putih, beberapa buah telefon bimbit dan sisa pembakaran kotak simpanan wang.
Kes kini disiasat mengikut Perkara 363 Perenggan 1-4 Kanun Jenayah yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami

