PM adakan kunjungan hormat kepada Halimah, bertemu Hsien Loong di Singapura

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi ke Singapura mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden republik itu, Halimah Yacob di Istana Singapura, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Halimah, Anwar kemudiannya turut mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Menurut Anwar, kunjungan pertama beliau ke republik itu mencerminkan hubungan akrab antara Malaysia dan Singapura.

Kata beliau, ia termasuk jalinan antara rakyat yang erat serta hubungan ekonomi yang kukuh.

“Pertemuan ini memberi peluang kepada kami untuk meneroka bentuk kerjasama bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura.

Baca artikel berkaitan: Anwar tiba di Singapura untuk lawatan rasmi

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menghadiahkan spesis orkid hibrid diberi nama ‘Dendrobium Anwar Azizah’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami turut berpeluang membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama,” katanya dalam hantaran tersebut.

Dalam hantaran berasingan, Anwar memaklumkan telah diberikan sambutan rasmi oleh Hsien Loong di Ceremonial Plaza, The Istana.

Perdana Menteri turut diberi penghargaan oleh Hsien Loong yang menghadiahkan jambangan bunga orkid atas namanya.

“Tiba di Istana bagi mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Singapura, Halimah Yacob dan bertemu Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

“Saya turut diberi penghargaan oleh Hsien Loong yang menamakan spesis orkid hibrid atas nama ‘Dendrobium Anwar Azizah’ sempena kunjungan rasmi saya ke Singapura,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This