SEORANG murid perempuan Tingkatan Satu maut selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Puchong Utama, lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada pukul 11.21 malam.
Beliau berkata, sebelum kejadian mangsa telah dimarahi oleh ibunya kerana mempunyai telefon bimbit tanpa kebenaran dan sering keluar malam.
“Polis juga menemui beberapa nota tulisan tangan dipercayai milik mangsa yang menunjukkan ingin membunuh diri akibat tertekan dengan layanan keluarga terhadapnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Pelakon Syazlin Zainal maut terjatuh tingkat 22 apartmen
Jelasnya, siasatan mendapati mangsa terjatuh dari tingkap dapur rumah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa yang merupakan anak sulung dari tiga beradik itu akan dibedah siasat di Hospital Serdang hari ini.
Kes kematian diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR).
Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di 03-78627100 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

