Koperasi perlu rebut peluang miliki saham khas Bumiputera

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KOPERASI disaran merebut peluang memiliki saham khas Bumiputera yang ditawarakn Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Langkah itu menurut Presiden ANGKASA Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, mampu menyediakan manfaat besar kepada gerakan koperasi.

Jelas beliau, hal itu kerana peruntukan khas itu menyenaraikan koperasi dan yayasan antara pilihan awal untuk diagihkan mendahului syarikat dan individu, sekali gus meletakkan sektor koperasi berperanan dalam memenuhi kuota 30 peratus ekuiti bumiputera yang menjadi agenda kerajaan.

Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) berkata, berdasarkan rekod yang dikeluarkan MITI pada tahun 2022, sebanyak 31 Saham Terbitan Awam (IPO) atau 3.19 bilion saham telah ditawarkan kepada awam yang terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), koperasi, yayasan, syarikat dan individu.

“Sehingga kini, sebanyak 63 buah koperasi telah berdaftar dengan MITI bagi membolehkan mereka membuat permohonan pembelian saham khas bumiputera. 

“Namun begitu, hanya dua buah koperasi sahaja yang telah memohon saham tersebut pada tahun 2022 dan mendapat manfaat besar dari pembelian saham khas berkenaan. 

“Justeru, saya mengalu-alukan koperasi mengambil peluang ini untuk mendapat manfaat besar dari pembelian saham khas dan tawaran yang disediakan MITI,” katanya dalam ucapan perasmian Program Kesedaran Pemilikan Saham Khas Bumiputera Untuk Koperasi 2023 di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, hari ini.

Baca lagi: ANGKASA sasar gerakan koperasi sekolah catat perolehan RM400 juta

Sementara itu, Program kerjasama MITI dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang julung kali diadakan itu menyaksikan penyertaan seramai 250 peserta terdiri daripada koperasi seluruh negara yang bertujuan memberi panduan, kesedaran dan kefahaman kepada anggota koperasi ahli ANGKASA mengenai keistimewaan tawaran pemilikan saham khas bumiputera.

Pendedahan itu secara langsung memberi peluang kepada koperasi mikro dan kecil mengetahui kaedah untuk mengembangkan perniagaan sekali gus mengukuhkan lagi tahap tadbir urus korporat, integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam operasi dan prosedur perniagaan koperasi.

Dalam pada itu, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dalam ucapan aluannya menyatakan, ANGKASA akan menjalinkan kerjasama dengan MITI dan SKM bagi memudahkan koperasi membuat permohonan saham khas ini kerana koperasi juga perlu melalui proses perundangan yang ditetapkan SKM.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pengarah Bahagian AKI, Seranta @ Saham, MITI, Azmir Musyabri Abdul Mutallib; Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; barisan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri (JPAN), Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman, Datuk Shaharudin Mohd Sa’ad, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Md. Yusof Samsudin dan Penasihat Korporat (Sektor Kewangan), Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Datuk Abdullah Jusoh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This