POLIS kini mengesan individu yang bertindak membaling botol arak dari sebuah kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru ke arah jalan raya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisoner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan aksi terbabit menerusi sebuah klip video yang dimuat naik pengguna TikTok @syrupboy pada 10.10 malam semalam.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Dang Wangi telah mengenal pasti individu terlibat dan tindakan pengesanan sedang dijalankan.

“Polis memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Polis buru suspek samun bersenjata pisau di Jalan Nanas, Kuching

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terlibat dalam kesalahan yang melanggar undang-undang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegra