Gadis cuba bunuh diri di Jambatan Wawasan diselamatkan orang awam

Dari Penulis

SEORANG kerani berusia 20-an berjaya dipujuk orang awam selepas cuba membunuh diri di Jambatan Wawasan Presint 2, Putrajaya, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 6.25 pagi.

Beliau berkata, siasatan mendapati wanita itu mengalami masalah dengan teman lelaki dan telah berada di jambatan itu sejak pukul 1 pagi.

“Pada pukul 6.25 pagi, orang awam yang yang melalui jambatan telah melihat mangsa berada di atas besi penghadang jambatan dalam keadaan mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Orang Islam membunuh diri, adakah mereka akan dihukumkan murtad dan kekal di dalam neraka?

Jelasnya, orang awam telah mengambil insiatif dengan memujuk dan menasihati wanita terbabit untuk turun menenangkan diri.

A. Asmadi berkata, semakan mendapati wanita terbabit mempunyai sejarah rekod rawatan psikiatri dan telah dirujuk ke hospital bagi tindakan lanjut.

“Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan tidak bertindak melulu,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This