PERDANA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Menurut beliau selesai pemeriksaan itu, doktor mengesahkan kesihatannya berada pada tahap yang baik.
“Saya langsung menyambung tugasan bersama staf,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.
Terdahulu, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dilapor berkata Anwar dijadual menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves pagi tadi, namun tidak dapat berbuat demikian kerana beliau tidak sihat.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

