6,831 laman sesawang judi dalam talian disekat – MCMC

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah  menyekat 6,381 laman sesawang judi dalam talian bagi tempoh antara 2020 hingga akhir 2022.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memberitahu tindakan menyekat itu diambil berdasarkan kepada permohonan rasmi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan itu memaklumkan sejumlah 212,399 talian telefon termasuk talian mudah alih dan tetap yang menghantar spam SMS meragukan seperti mempromosi judi dalam talian, pinjaman tidak berlesen dan lain-lain juga ditamatkan perkhidmatannya bermula 2020 sehingga 2022.

“Susulan gesaan sebuah persatuan pengguna agar platform perjudian dalam talian dikawal selia, MCMC ingin memaklumkan kami sentiasa komited dalam menyokong tindakan penguatkuasaan PDRM dalam usaha untuk membanteras kegiatan judi dalam talian yang tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289). 

Dalam hal ini, pihak PDRM menjalankan tindakan dan penguatkuasaan manakala MCMC pula berperanan dalam memberikan bantuan teknikal kepada PDRM termasuk pembekalan maklumat dan sekatan laman sesawang berunsur perjudian berdasarkan permohonan daripada PDRM,” kata kenyataan itu.

BERITA BERKAITAN Op Limau: 120 kaki judi ditahan, lebih RM90,000 dirampas

Menurut MCMC, selain tindakan penguatkuasaan (pendakwaan atau sekatan), kesedaran diri, pendidikan serta kawalan kendiri adalah kunci dalam usaha membanteras perjudian dalam talian. 

Katanya pengguna secara umum juga boleh memainkan peranan untuk turut sama dalam usaha menyekat aktiviti promosi judi dalam talian, antaranya dengan melaporkan kepada MCMC promosi iklan-iklan judi diterima melalui SMS supaya pembatalan talian dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. 

“Sekiranya pengguna menerima iklan judi melalui aplikasi pesanan ringkas seperti WhatsApp dan media sosial seperti Facebook, laporkan nombor talian atau akaun media sosial tersebut kepada penyedia perkhidmatan aplikasi atau penyedia platform media sosial supaya nombor atau akaun tersebut tidak dapat menghantar iklan promosi judi dalam talian kepada pengguna lain,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This