“Jadilah diri dan pasukan yang lebih baik selepas Antayla’ – Pesan pemilik kepada skuad Sang Kenari

Dari Penulis

“BE a better you. Be a better team when you are done in Antayla (Jadilah diri dan pasukan yang lebih baik selepas lawatan ke Antayla).”

Berikut ialah pesanan pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar kepada para pemain dan pegawai yang kini sedang berada di tanah Antayla, Turkiye bagi mengharungi perlawanan persahabatan bersama empat kelab bola sepak di sana.

“Semalam adalah detik indah buat saya. Selalunya saya yang terbang. Semalam saya datang ke KLIA untuk mengucapkan selamat jalan kepada pasukan Sang Kenari yang akan terbang hampir 11 jam untuk sampai di Istanbul dan kemudian satu jam lebih dari Istanbul ke resort latihan & perlawanan di Antayla,” katanya di dalam Facebook .

Beliau seterusnya berkata, skuad Sang Kenari sebelum ini tidak menjalani latihan atau perlawanan sejauh ini dnegan terpaksa ‘terbang’ meninggalkan zon selesa bagi menghadapai iklim, persekitaran dan pasukan serta rakan-rakan baru yang jau dari negeri Kedah.

“Saya dapat lihat keterujaan dalam wajah masing-masing. Semuanya ingin menghirup udara segar di Antayla sambil memperkuatkan kemahiran dan cara fikir sebagai pemain bola profesional. Saya pun teruja nak tag along dengan mereka. Kerja saya masih banyak di Malaysia,” tambahnya.

BERITA BERKAITAN Kedah adakan siri jelajah pramusim di Turkiye, persediaan hadapi Liga-M 2023

Dalam ucapan ringkasnya, Mohd Daud berkata Antayla akan menjadi pentas ujian karektor, kekuatan minda, kemahiran dan wawasan setiap individu dalam pasukan tersebut.

“Saya juga pesan supaya setiap pemain dapat menjaga persahabatan dengan semua pihak. Inilah peluang mempunyai rakan baru dalam dunia bola sepak dalam membina kerjaya masing-maisng,” tambahnya

Beliau juga meningatkan para pemain agar mengikuti secara pesanan dan menghormati jurulatih sepanjang perlawanan di Turkiye.

“Be a better you. Be a better team when you are done in Antayla,” katanya sambil mengharapkan setiap pemain akan meletakkan sasaran yang tinggi untuk diri sendiri dan pasukan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This