Lawatan ke Turkiye buka lembaran baharu hubungan dua hala yang semakin erat dan strategik – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

LAWATAN rasmi ke Republik Turkiye atas undangan Presiden Recep Tayyip Erdogan membuka lembaran baharu hubungan dua hala yang semakin erat dan strategik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penubuhan Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC) mencerminkan tahap kepercayaan serta persahabatan luar biasa antara Malaysia dan Türkiye.

“Lawatan ini juga menegaskan komitmen bersama untuk mempertahankan prinsip keadilan dan kemanusiaan sejagat, khususnya dalam menangani tragedi kemanusiaan di Gaza.

“Keseluruhannya, kunjungan ini melebihi jangkaan dan memperkukuh tekad bersama untuk memastikan setiap persetujuan dilaksanakan dengan berkesan demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” katanya di media sosial.

Baca artikel lain: Rasuah perolehan projek tentera: SPRM sita wang tunai, emas kira-kira RM6.9 juta

Perdana Menteri dan delegasi Malaysia berlepas ke Turkiye Selasa lalu bagi rangka lawatan rasmi yang bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Pada lawatan tersebut, Perdana Menteri dianugerahkan ‘Order of the Republic’, anugerah tertinggi Turkiye kepada pemimpin luar sempena lawatan rasminya ke negara itu.

Ia sebagai pengiktirafan terhadap peranan beliau dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Turkiye yang kini berada pada tahap strategik.

Delegasi Malaysia disertai Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This