Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz meninggal dunia

Dari Penulis

BEKAS Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, Tunku Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 89 tahun.

Pemergian bekas Senator Dewan Negara itu dimaklumkan anak saudaranya, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin menerusi hantaran di Instagram.

“Bapa saudara saya Tunku Abdul Aziz baru sahaja menghembus nafasnya yang terakhir.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat bersama orang-orang yang beriman,” kata Tengku Azman.

Baca artikel berkaitan: Presiden MAA, Aishah Ahmad meninggal dunia

Allahyarham menyertai DAP pada tahun 2008 sebelum dilantik menjadi Naib Pengerusi parti tersebut.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya meninggalkan DAP pada tahun 2012.

Beliau juga merupakan salah seorang pengasas Transparency International Malaysia dan pernah dilantik sebagai Naib Presiden pertubuhan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This