BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada kerajaan serta seluruh rakyat Turkiye dan Syria atas kejadian gempa bumi yang berlaku semalam.
Dalam hantaran di media sosialnya, Ahli Parlimen Bera itu turut berharap keluarga mangsa yang terlibat terus cekal dan tabah menghadapi dugaan.
Pada masa sama, Ismail Sabri juga mendoakan dan berharap kesemua mangsa dapat diselamatkan serta bantuan yang diberikan dapat meringankan beban pasukan penyelamat Turkiye.
“Saya amat berdukacita dengan kejadian gempa bumi yang telah meragut ribuan nyawa di wilayah selatan Turkiye dan utara Syria.
“Saya difahamkan dua gempa bumi berskala besar berukuran 7.8 dan 7.5 magnitud telah menggegarkan wilayah Kahramanmaras dan beberapa wilayah kejiranan termasuk Gaziantep; Sanliurfa; Diyarbakir; Adana; Adiyaman; Malatya; Osmaniye; Hatay dan Kilis yang mengorbankan beribu nyawa,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.
Baca artikel berkaitan: Lebih 2,300 terbunuh di Turkiye, 1,300 di Syria, Ankara umum berkabung tujuh hari
Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kerana bertindak pantas menghantar 75 anggota untuk membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi.
“Ini adalah bukti hubungan baik antara kedua-dua negara.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana mendapat laporan 12 rakyat Malaysia yang berada di sana terselamat,” jelas beliau.
Sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 yang lain cedera di 10 wilayah Türkiye berikutan dua gempa bumi kuat yang menggegarkan bahagian selatan negara itu.
Gempa kuat itu turut memusnahkan negara jiran Syria dengan pegawai kerajaan dan penyelamat melaporkan hampir 1,300 orang terbunuh dan lebih 2,400 yang lain cedera setakat ini.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata gempa bumi pada Isnin itu merupakan “bencana terbesar” sejak gempa bumi Erzincan pada 1939.
Türkiye akan berkabung selama tujuh hari.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

