Amyra Rosli tanggung kerugian RM240,000, kerja ubah suai rumah ibu bapa terbengkalai – “Saya guna khidmat sebuah syarikat hiasan dalaman…,”

Dari Penulis

PELAKON Amyra Rosli berang apabila terpaksa menanggung kerugian RM240,000 selepas menjadi mangsa penipuan syarikat hiasan dalaman yang bertanggungjawab mengubah suai rumah ibu bapanya.

Menurut isteri kepada aktor Amar Baharin itu, dia sudah membuat bayaran penuh kepada pihak terbabit namun terkilan kerana kerja-kerja pengubahsuaian masih tertangguh hampir setahun.

“Saya guna khidmat sebuah syarikat hiasan dalaman. Kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama dan ayah saya.

“Selepas membuat bayaran sebanyak RM240,000 dan hampir setahun menunggu serta bersabar dengan segala alasan daripada mereka, ini hasil yang saya dapat,” luah Amyra.

Amyra berkongsi isu terbabit menerusi Instagram miliknya.

Malah, Amyra turut memuat naik video keadaan rumah ibu bapanya yang dibiarkan terbengkalai.

“Semakin rosak bangunan rumah mama dan ayah. Ramai juga yang saya dengar terkena dengan pihak ini.

“Ambil projek banyak-banyak kemudian terbengkalai. Astaghafirullahazim, berani betul korang aniaya orang dekat dunia ini.

“Tidak mengapa, kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa.

“Dunia ini pun dah tenat, tak lama dah pun korang boleh ‘kencing’ orang sana sini,” katanya.

Dalam pada itu, Amyra tetap berlapang dada dengan apa yang berlaku dan menganggap ia adalah ujian buat diri serta keluarganya.

“Dan sekarang, saya perlu mula balik dari awal dek penipuan-penipuan mereka. Sedih tapi Alhamdulillah, mungkin ujian ini ada hikmah di sebaliknya.

“Mama dan ayah, kakak akan usahakan secepat mungkin untuk siapkan balik rumah mama dan ayah ini. Kita sama-sama kuat dan sabar okay.

“Insya-Allah, Allah mudahkan urusan kita,” ungkapnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This