Jakim, Jawi laksana kutipan derma bantu mangsa gempa bumi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan melancarkan kutipan derma untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jakim bakal melaksanakan kutipan derma itu di masjid-masjid di bawah seliaannya iaitu Masjid Negara; Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Menurut beliau, Jawi pula akan melaksanakan kutipan berkenaan di masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Putrajaya dan Labuan.

Mohd Na’im berkata, sumbangan derma tersebut akan dilaksanakan pada setiap hari Jumaat selama tiga minggu berturut-turut mulai esok.

“Sumbangan umat Islam ini akan disalurkan kepada tabung rasmi yang diuruskan Kerajaan untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Gempa bumi: Angka korban di Turkiye sudah melepasi 12,000 orang

Mengulas lanjut, Mohd Na’im turut mengesyorkan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri lain untuk bersama-sama menganjurkan kutipan derma.

Jelas beliau, sumbangan umat Islam itu boleh diadakan menerusi masjid-masjid di seluruh negara untuk disalurkan kepada program bantuan kemanusiaan di Turkiye dan Syria.

“Semoga sumbangan kecil kita semua akan dapat membantu urusan menyelamat dan meringankan beban mangsa bencana di Turkiye dan Syria yang kini sedang dilanda ujian besar,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This