DALAM tempoh lima tahun akan datang, Malaysia perlu beralih ke negara berpendapatan tinggi seperti klasifikasi Bank Dunia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu dilihat wajar selepas mengambil kira kedudukan negara dalam kelompok berpendapatan pertengahan, sejak lebih dua dekad lalu.
Oleh itu, ujarnya, satu anjakan paradigma yang berterusan diperlukan dengan sektor swasta sebagai peneraju utama pertumbuhan negara.
“Kerajaan akan terus mengurangkan kerenah birokrasi yang menghalang perniagaan dan usahawan kerana menjana keuntungan, membayar cukai yang saksama dan mewujudkan pekerjaan berkualiti adalah perkara yang baik.
“Justeru, ia perlu dipermudah di semua peringkat kerajaan sama ada Persekutuan, negeri atau tempatan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Polis buka kertas siasatan guru dorong pelajar peluk agama Islam
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar Pemasaran Keusahawanan: Kaedah Mengembangkan Perniagaan selepas Pandemik, hari ini.
Seminar anjuran Institut MarkPlus ASEAN itu turut dihadiri Pengasas dan Pengerusi MarkPlus Inc, Hermawan Kartajaya dan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah antara lain menegaskan, kerajaan komited mewujudkan persekitaran ekonomi yang mampu memenuhi potensi setiap lapisan masyarakat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

