PM serah pada SPRM siasat kerugian UiTM Holdings

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan isu ketidakcekapan dan ketirisan yang berlaku dalam Universiti Teknologi MARA (UiTM) Holdings Sdn Bhd kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Itu…serah kepada SPRM,” katanya ringkas seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Syarahan Ulung Siddiq Fadzil – Pemikiran Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (UNISEL), hari ini.

Baca artikel lain: Malaysia perlu beralih ke negara berpendapatan tinggi lima tahun lagi

Anwar mengulas laporan akhbar bertajuk ‘UiTM Holdings rugi RM157 juta’ yang mendakwa jumlah kerugian itu berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi 2017, 2018, 2019 dan 2021.

Keuntungan sebelum cukai terkumpul yang dilaporkan bagi 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.

UiTM Holdings Sdn Bhd adalah syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM, yang menguruskan lapan syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This