PELAKON Datin Elvina Mohamad berkongsi berita gembira apabila dia kini sedang hamil anak kedua.
Elvina,28, yang ketika ini sedang bercuti di Tokyo Disneyland, Jepun bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki, Karl Mateen, berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya.
“Kami tidak sabar untuk bertemu dengan ahli baharu dalam keluarga kami, tidak lama lagi.
“Karl akan jadi abang,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi kapsyen tersebut itu juga, Elvina turut memuat naik dua keping gambar yang berlatar belakangkan mercu tanda tama tema yang terkenal di negara matahari terbit berkenaan.
Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis teruja serta gembira dengan berita tersebut.
Mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan agar bayi dalam kandungan dan Elvina sihat sehingga hari kelahiran.
Sebelum ini, Elvina pernah berdepan dengan episod keguguran ketika usia kandungannya memasuki usia tiga bulan pada tahun lalu.
Ketika itu, doktor mengesahkan degupan jantung bayinya sudah terhenti.
Untuk info, Elvina dan Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Karl yang kini berusia tiga tahun.

