Melangkah setapak ke hadapan, pelakon Zed Zaidi melancarkan produk kecantikan, Maderms Skincare bagi merancakkan lagi ekonomi industri hiburan tempatan.
Jelasnya usahasama bersama Persatuan Seniman Malaysia terjalin untuk saling berkongsi idea-idea baharu dari segi mempromosikan jenama produk kecantikan (MADERM) yang lebih berkesan, berkualiti tinggi, selamat dan lebih menjimatkan sesuai kehendak dan segenap lapisan masyarakat.
Walaupun selalu menghadapi cabaran hebat oleh pelbagai jenama dan produk antarabangsa, jenama MADERM mampu dapat menunjukkan perkembangan positif yang menjanjikan melalui kualiti dan harga kompetitif serta bertujuan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang ramai dan peluang menjana pendapatan bagi menampung kebajikan persatuan-persatuan seni dan budaya yang berteraskan kebajikan.
“Selain membantu pengguna untuk tampil dengan lebih cantik, produk ini lahir untuk membantu persatuan seni di Malaysia. Berapa banyak hasil keuntungan yang diperoleh, akan disumbangkan kembali kepada industri seni terutama kepada Seniman. Sebagai presiden Seniman, saya harus memikirkan satu strategi terbaik untuk mencari dana dan ini adalah satu satu usaha yang dilakukan.
“Dan selalunya waktu saya membuat ‘live’di TikTok, peminat seringkali bertanyakan tip dan rahsia kecantikan. Dan daripada situ timbul idea untuk mewujudkan satu produk kecantikan sendiri. Berteraskan idea ini, saya dan beberapa rakan mencari sendiri beberapa bahan yang sesuai dan berkualiti untuk membantu rutin kecantikan saya.
“Lama kelamaan kami berjaya memperoleh formula terbaik dan lahirlah Maderm Skincare,” jelasnya menyatakan proses mencari formulasi terbaik Maderms Skincare mengambil masa lebih setahun.
Ulas Zed Zaidi, dia telah membuat kajian terperinci untuk mengetahui arah aliran semasa perbualan masyarakat dalam membuat strategi komunikasi yang relevan bagi produk MADERM yang mendapat perhatian ramai.
Selain terus mengekalkan MADERM yang memenuhi minat dan keperluan masyarakat, jenama ini juga terus memperluas jangkauan jenama yang ada dengan menggunakan teknologi terkini.
“Dengan kemunculan media sosial seperti TikTok, lebih mudah pemasaran dapat dilakukan. Sejak kebelakangan ini terutamanya waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya mendapat banyak rungutan daripada ahli kerana mereka hilang sumber pendapatan.
“Dan kami melihat TikTok sebagai satu solusi mereka mengembangkan lagi bakat selain menambah sumber pendapatan dengan TikTok Shop. Dan hasil testimoni yang dilakukan, rata-rata yang terlibat berjaya menjana pendapatan menerusi TikTok Shop dan ia satu yang memberansangkan.
“Jadi apa salahnya kami gunakan medium baru yang akan melahirkan lebih ramai usahawan dan peluang pekerjaan dan seterusnya memberi manfaat kepada pelbagai pihak,” ulasnya ketika ditemui di Maeps Serdang.

