VS WANITA : Cerai..Nafkah..Talak… Keliru undang-undang dan hukum agama punca kes tertangguh

Dari Penulis

Biarpun sudah pelbagai usaha dilakukan golongan wanita bagi merungkai segala permasalahan rumah tangga yang timbul, turun naik mahkamah bertahun-tahun, namun sehingga kini masih tiada jalan keluar. Duit semakin menipis, kesabaran sudah hampir hadnya sehingga ada ibu tunggal yang mengambil keputusan melupakan tuntutan dan membesarkan anak-anak sendirian. Kata mereka, hal bekas suami, sampai masanya hak tetap akan dituntut di akhirat kelak.

Episod VS WANITA kali ini akan membawakan Peguam Syarie di Firma Tetuan Mohamad Azlin & Suriati Associates, Suriati Ab Ghani untuk membincangkan kes tuntutan cerai, tuntutan nafkah, cerai bersyarat dan lafaz talak.

Menurut Suriati, terdapat banyak faktor berlakunya tunggakan nafkah anak dan antara faktor utama ialah si ibu tidak tahu prosedur sehingga merencatkan perjalanan tuntutan di mahkamah. Dia turut menjelaskan kes lafaz talak tiga yang berlaku antara suami isteri namun kedua-duanya masih tinggal serumah dan melakukan persetubuhan tidak sah sehingga melahirkan anak.

Wawancara turut menyentuh isu orang ketiga dalam hubungan dan bagaimana golongan isteri dapat menegakkan haknya.

Ikuti temubual VS Wanita – Cerai, Nafkah, Talak, Orang Ketiga – Tahu Undang-Undang, Baru Tuntut!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This