Jalan KL-Bentong ditutup susulan tanah runtuh

Dari Penulis

POLIS mengesahkan Jalan Kuala Lumpur – Bentong ditutup buat sementara waktu susulan hujan lebat yang berterusan sehingga mengakibatkan tanah runtuh sejak 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dua lokasi tanah runtuh telah dikenal pasti dengan panjang runtuhan kira-kira 50 meter.

Beliau berkata, dua runtuhan tersebut dilaporkan berlaku kira-kira 100 meter dan 1.5 kilometer ke simpang Janda Baik

“Sehingga kini, aliran air masih di atas jalan dan penilaian kerosakan belum dapat dilakukan.

“Malah, terdapat juga lumpur dan batu di atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : 28 penduduk dipindahkan susulan tanah runtuh di Taman Chenderong Jaya

Zaiham berkata, orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif lain iaitu E8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak-Persimpangan Bukit Tinggi-BHP Bukit Tinggi-Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi-Janda Baik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut terjatuh bangunan sekolah di Sendayan

SEORANG pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Sendayan, Seremban, hari ini. Ketua...

More Articles Like This