Buat bising ekzos, remaja ditahan pakej sekali 7 saman serta motosikal disita

Dari Penulis

SEORANG remaja bukan sahaja dikenakan tujuh saman pelbagai kesalahan malah ditahan polis selepas membuat bising menggunakan bunyi ekzos motosikalnya.

Dia ditahan di Dataran Kemerdekaan Seksyen 14, tengah malam semalam ketika cuba melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 12.20 tengah malam, Unit Rondaan Bermotosikal telah membuat pemantauan dan pemeriksaan di lokasi selepas sekumpulan individu bermotosikal bertindak membuat bising.

Beliau berkata, suspek seorang lelaki Melayu berusia 19 tahun yang terlibat dalam aktiviti tersebut bertindak melarikan diri, tetapi terjatuh ketika cuba membuat pusingan.

“Suspek bersama motosikalnya telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Shah Alam untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Saman sebab plat ‘fancy’, bukan ekzos bising

Jelasnya, sebanyak tujuh saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

Mohd Iqbal berkata, motosikal suspek turut disita dibawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This