SEORANG peniaga ditahan polis selepas menumbuk seorang lelaki kerana buat bising dekat sebuah kedai di Padang Pandan Mewah, Ampang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku pada 5 Februari, pukul 7.30 petang.
Katanya, pengadu bersama anak buah sedang bersembang dengan seorang peniaga di tempat kejadian.
“Suspek yang dikenali sebagai Amirul secara tiba-tiba datang dan menumbuk muka pengadu sebanyak tiga kali sehingga cedera pada rahang.
“Suspek seorang lelaki Melayu berusia 37 tahun ditahan di Pandan Court pada pukul 8.10 malam kelmarin.
“Siasatan mendapati punca kejadian disebabkan suspek tidak puas hati terhadap pengadu yang membuat bising berhampiran gerai suspek apabila memarahi anak buah dengan suara yang kuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Buat bising ekzos, remaja ditahan pakej sekali 7 saman serta motosikal disita
Jelasnya, tiada sebarang senjata digunakan dan suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.
Mohamad Farouk berkata, hasil saringan air kencing suspek adalah negatif dan diremaan selama empat hari sehingga lusa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

