SEORANG penunggang EX5 maut selepas terlanggar palang besi berhampiran sebuah pangsapuri di Petaling Jaya malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 10.13 malam.
Beliau berkata, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan tersebut.
“Siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa berusia 30 tahun dalam perjalanan berjumpa rakan.
“Tiba di tempat kejadian, mangsa tidak menyedari terdapat penghadang palang dan terus melanggar palang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Dua pekerja kilang maut dalam nahas tiga kenderaan
Jelasnya, palang itu diletakkan bagi menghalang kenderaan luar masuk ke kawasan pembinaan pangsapuri.
“Difahamkan, pintu hadapan pada jalan besar hanya dibuka dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam untuk lori dan kenderaan pekerja,” katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, mayat mangsa akan dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

