Mayat lelaki ditemui 10km dari lokasi dilapor lemas

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Pisang, Batu 12 Gombak, Ahad lepas, ditemui mati di kawasan kunci air Sungai Kerdas, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, mayat mangsa berusia lingkungan 20-an itu ditemui pada pukul 10.34 pagi kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian.

Media sebelum ini melaporkan mangsa dibawa arus deras hujan lebat ketika mandi bersama rakan di sungai tersebut.

Baca artikel : Operasi SAR kesan lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pisang diperluas 8km

Rakan mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan bomba selepas terkandas pada tebing sungai.

Pada hari ini operasi mencari dan menyelamat mangsa diperluaskan kepada radius lapan kilometer dan dilakukan oleh 15 anggota bomba.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This